Semangat Menentang Pencerobohan, Legasi Tak Ternilai

2020-10-20 12:18:03  CRI
Share with:

Semangat Menentang Pencerobohan, Legasi Tak Ternilai_fororder_1126631452_16031251309651n

Presiden Xi Jinping mengunjungi pameran memperingati ulang tahun ke-70 kehadiran Tentera Sukarela Rakyat China di Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) untuk membantu dalam perang menentang pencerobohan AS (1950-53), di Beijing semalam.

Beliau menyifatkan penglibatan tentera dalam Perang Menentang Pencerobohan AS dan Membantu DPRK sebagai keputusan bersejarah yang dibuat kerajaan China bagi mempertahankan kedamaian dan menentang pencerobohan luar.

Kata beliau, tentera China bergadai nyawa berjuang bersama-sama rakyat DPRK hingga memenangi perang tersebut, sekali gus memberi sumbangan besar kepada kedamaian dunia dan kemajuan manusia.

Semangat perjuangan yang ditempa semasa perang itu merupakan khazanah spiritual tidak ternilai yang menjadi sumber inspirasi untuk rakyat China mengatasi segala kesulitan, dan menewaskan semua musuh.

 

张哲