Sekat Syarikat China, Rugikan Diri Sendiri

2020-10-22 15:03:02  CRI
Share with:

Baru-baru ini, pihak berkuasa Sweden mengumumkan keputusan untuk melarang penglibatan syarikat telekomunikasi China, Huawei dan ZTE dalam pembinaan rangkaian 5G negara itu dengan alasan “keselamatan negara”.

Malahan, agensi kawal selia telekomunikasi Sweden menuntut supaya semua peralatan dan kelengkapan ZTE yang sudah dipasang, disingkirkan sebelum 1 Januari 2025.

Ternyatalah, Sweden sudah menjadi pengikut Amerika Syarikat (AS) yang melakukan “pembulian politik” ke atas syarikat China.

Cubaan Sweden yang bertindak keras terhadap syarikat China tanpa sebarang bukti dianggap kemungkinan berpunca daripada hasutan segelintir politikus AS.

Perbuatan seumpama melanggar hukum pasaran, prinsip persaingan adil serta peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.

Hal ini nescaya akan membantutkan hubungan kedua-dua negara, juga mencemari imej Sweden sendiri di arena antarabangsa.

周乔西