Edar Vaksin Adil, Komitmen Pasti Ditunai

2020-10-23 13:37:27  CRI
Share with:

Penyertaan China dalam pelan peruntukan vaksin COVID-19 global (COVAX) menjadi tumpuan media asing dan mendapat pujian daripada masyarakat antarabangsa. Setakat ini, terdapat empat jenis vaksin COVD-19 hasil penyelidikan China yang menjalani ujian klinikal fasa ketiga, dan mempunyai kemampuan pengeluaran dan pembekalan untuk keperluan sendiri.

Keterlibatan China dalam pelan global tersebut adalah untuk memastikan akses vaksin yang adil di peringkat global dan bekalan kepada negara-negara membangun, di samping menggalakkan lebih banyak negara bergabung di bawah COVAX.

China melakukan yang terbaik sepertimana yang dilantangkan untuk menjadikan vaksin sebagai produk awam global yang mudah diakses dan mampu milik.

Sebenarnya, China banyak memberikan sumbangan dalam usaha mencari penawar virus di dunia. Statistik rasmi menunjukkan, terdapat 13 jenis vaksin COVID-19 yang dihasilkan negara ini sedang menjalani ujian klinikal, antaranya empat vaksin dalam proses ujian fasa ketiga. Manakala, kira-kira 60 ribu orang menerima suntikan berkenaan dan tiadaan kesan sampingan teruk ditemukan.

Selaku sebuah negara yang bertanggungjawab, China sentiasa menegakkan konsep komuniti kesihatan sesama insan dan mengotakan janjinya menerusi tindakan praktikal demi kebaikan warga bumi.

董筱娉