China Capai Lonjakan Kekuatan Bersepadu Negara

2020-10-23 11:47:07  CRI
Share with:

China merealisasikan lonjakan besar dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi serta kekuatan bersepadu negara hasil pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP)ke-13.

Demikian ujar Presiden Xi Jinping dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) semalam.

Menurut beliau, ekonomi China beroperasi dengan mantap, sementera strukturnya terus dioptimumkan dalam tempoh 5 lima tahun lalu. Kemajuan yang memberangsangkan turut tercapai dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat, memperbaiki keadaan ekologi dan memperluas keterbukaan.

Mesyuarat itu juga menegaskan perlunya mempercepat pembentukan sebuah pola pembangunan baharu yang mengambil kitaran domestik sebagai tonggak utama, di samping kitaran domestik dan kitaran antarabangsa saling menggalakkan, bagi memacu pembangunan berkualiti dalam tempoh 5 tahun akan datang.

张哲