Dialog Maya China, MRC Bincang Kerjasama

2020-10-25 14:10:47  CRI
Share with:

Dialog Maya China, MRC Bincang Kerjasama_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_fa7e1a0f-bb12-44fe-8ef8-89f512a08c32

Dialog ke-24 antara China dengan Suruhanjaya Sungai Mekong (MRC) diadakan menerusi pautan video baru-baru ini.

Wakil tetap China ke Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB untuk Asia dan Pasifik (ESCAP), Ke Yousheng ketika berucap pada dialog itu menyatakan kesediaan pihak China untuk memperkasakan kerjasama dan interaksi dengan negara-negara aliran Sungai Mekong dalam pengurusan sumber air, latihan tenaga manusia, teknologi serta usaha menangani bencana banjir dan kemarau.

Menurut beliau, jumlah perdagangan dan pelaburan China dengan negara-negara Sungai Mekong merekodkan peningkatan sebanyak 8.7% dan 33.5% pada setengah pertama tahun ini biarpun seluruh dunia terkena tempias teruk ekoran COVID-19. Sementera itu, eksport produk pertanian oleh negara Sungai Mekong ke China pula meningkat 21.2%.

China sedang mempercepat pembentukan pola pembangunan baharu yang mengambil kitaran domestik sebagai tonggak utama, di samping kitaran domestik dan kitaran antarabangsa saling menggalakkan. Hal ini akan turut membawa peluang baharu kepada pembangunan subrantau.

张哲