Petugas Kesihatan AS Hadapi Tekanan Mental dan Fizikal

2020-10-29 12:40:13  CRI
Share with:

Penularan pandemik COVID-19 semakin serius di kawasan barat dan tengah Amerika Syarikat (AS) mendapat reaksi yang pelbagai dalam kalangan petugas kesihatan tempatan.

Petugas Kesihatan AS Hadapi Tekanan Mental dan Fizikal_fororder_as2

Beberapa kakitangan barisan hadapan ketika diwawancara NBC memaklumkan mereka menghadapi tekanan besar dalam fizikal dan mental.

Petugas Kesihatan AS Hadapi Tekanan Mental dan Fizikal_fororder_as3

Ben Singer, seorang doktor di Chicago menyatakan, kes jangkitan semakin teruk di pelbagai tempat di negara itu dan jumlah pesakit kritikal turut meningkat hari demi hari.

Petugas Kesihatan AS Hadapi Tekanan Mental dan Fizikal_fororder_as1

Sementara itu, seorang doktor dari Wisconsin, Paul Casey menyatakan, impak penularan wabak dalam tempoh yang pendek disifatkan sebagai begitu dasyat dan merupakan kali pertama beliau menghadapi situasi sebegitu.

Statistik berkaitan menunjukkan, daripada mereka yang terjangkit berumur 70 tahun ke atas, 30% daripadanya perlu dirawat di hospital, manakala 30% daripada mereka mungkin akan meninggal dunia.

覃淼