Pertumbuhan FDI, Kehebatan Ekonomi China yang Mampu Tahan

2020-10-29 13:42:46  CRI
Share with:

Pelaburan langsung asing (FDI) yang ditarik China pada setengah tahun pertama 2020 mewujudkan pertumbuhan, yang dipandang sebagai keyakinan penuh dunia luar terhadap pembangunan ekonomi China, sekali gus hasilan dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang dilaksanakan China secara berterusan. Pencapaian itu mempamerkan kehebatan ekonomi China yang mampu tahan dan prospek luas kerjasama menang-menang antara China dengan negara lain.

Menurut laporan Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) yang disiarkan kelmarin, FDI global pada setengah tahun pertama 2020 menyusut 49% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Bagaimanapun, setakat September lalu, kadar pertumbuhan FDI China merekodkan 2.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

高蕾