Dr. Fauci: Kehidupan Rakyat AS Sukar Pulih Sebelum 2022

2020-10-29 19:39:17  CRI
Share with:

Ketua Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID) Amerika Syarikat (AS), Dr. Anthony Fauci semalam berkata, walaupun vaksin bagi penyakit COVID-19 akan dikeluarkan dalam masa beberapa bulan akan datang, tetapi situasi di AS tidak mungkin pulih normal sehingga tahun 2022.

Menurutnya, kehidupan rakyat hanya akan kembali normal sekiranya pihak-pihak terlibat mempopularkan suntikan vaksin dan berjaya menjalankan suntikan kepada majoriti rakyat pada suku kedua atau ketiga tahun hadapan.

Dalam pada itu, Dr. Fauci juga turut mengingatkan bahawa situasi di AS mungkin tidak akan menjadi teruk seperti sekarang jika pelbagai lapisan masyarakat mentaati secara ketat norma panduan pemulihan ekonomi.

徐国玮