Renung Kembali, Kenapa AS Runtuh Belaka dalam Kawal COVID-19?

2020-10-30 15:19:19  CRI
Share with:

Setakat ini, jumlah kes jangkitan COVID-19 yang dilaporkan di Amerika Syarikat(AS) telah melebihi 8.8 juta, dan kematian melebihi 220 ribu. Pada minggu lalu, terdapat dua hari berturut-turut yang menyaksikan jumlah kes jangkitan baharu melebihi 80 ribu setiap hari di negara itu. Memandangkan kerajaan AS yang runtuh belaka dalam mencegah dan melawan wabak, pelbagai lapisan masyarakat negara itu baru-baru ini bertalu-talu merenung kembali kegagalan berkenaan, yang turut menjadikan pelbagai tipu muslihat yang digunakan oleh politikus AS untuk mengambinghitamkan negara lain dan melarikan diri darpada tanggungjawab terdedah.

Dokumentari TOTALLY UNDER CONTROL tentang melawan wabak COVID-19 yang diarahkan bersama oleh pengarah terkenal, Alex Gibney dan rakannya telah ditayangkan baru-baru ini. Filem yang menceritakan keadaan kacau bilau dan kesilapan kerajaan AS dalam menangkis wabak ini, melalui wawancara terhadap sejumlah orang yang termasuk pakar kedoktoran, pegawai kerajaan dan sukarelawan, menunjukkan bahawa yang mengakibatkan wabak berada dalam keadaan luar kawalan, bukan kesilapan teknikal melainkan langkah yang lalai yang diambil oleh kumpulan pemerintahan AS sekarang ini

Ada lagi, Gabenor New York, Andrew Cuomo dalam buku “American Crisis” yang diterbitkannya telah mencatat proses penularan wabak di New York dari sudut pandangan seorang majistret . Beliau menyatakan, kerajaan AS tidak boleh melarikan diri daripada tanggungjawabnya terhadap kesukaran yang dihadapi New York buat masa sekarang. Beliau juga mengkritik perbuatan kerajaan negaranya yang mengambinghitamkan China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan menyatakan virus COVID-19 bukan 'virus China'. Serentak itu, beliau menyanjung kejayaan China dalam melawan wabak, dan mengucapkan terima kasih kepada China kerana menghulurkan banyak barangan keperluan pencegahan wabak semasa situasi di AS amat serius.

Hampir semua bahan yang ditunjukkan dalam dokumentari atau buku tersebut mendedahkan satu fakta, iaitu perhitungan politik diletakkan di atas segalanya dan digunakan sebagai panduan kerajaan AS sepanjang proses melawan wabak.

Bekas pegawai Pusat Kajian Kesihatan Negara AS (NIH), Rick Bright mengeluarkan amaran bahawa AS sedang memasuki 'musim sejuk yang paling gelap' pada zaman ini. Menghadapi soal siasat dari segala masyarakat AS yang sudah pun mula merenung kembali, bilakah politikus yang hanya tahu mengejar keuntungan sendiri baru mahu memilih merenung kembali kesalahan mereka?

曹捷