Ikan Jarang Ditemui Dilepaskan

2020-10-30 14:29:15  CRI
Share with:

Ikan Jarang Ditemui Dilepaskan

Sejumlah 257 ribu ekor ikan yang jarang ditemui, dilepaskan ke Sungai Jinsha di sekitar Loji Hidroelektrik Xiangjiaba pada 24 Oktober.

Operasi tersebut bertujuan untuk menambah jumlah ikan yang berkurangan akibat pembinaan empangan bagi memelihara biodiversiti di kawasan perairan tersebut.

Ikan Jarang Ditemui Dilepaskan

Aktivitii tersebut diusahakan bersama-sama oleh Kementerian Pertanian dan Desa serta Kumpulan Tiga Gaung Sungai Yangtze.

Untuk rekod, ini merupakan kali ke-26 aktiviti sedemikian dilaksanakan di sekitar empangan tersebut sejak tahun 2008.

徐国玮