Demokrasi Diperlihatkan dalam Penggubalan Rancangan Lima Tahun ke-14

2020-10-30 15:32:16  CRI
Share with:

Demokrasi bercirikan sosialisme dan penggubalan dasar secara saintifik diperlihatkan dalam penggubalan Rancangan Lima Tahun ke-14 pembangunan sosioekonomi China.

Naib Pengarah Pejabat Jawatankuasa Fizikal dan Ekonomi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Han Wenxiu berkata demikian pada sidang media yang diadakan setelah cadangan Jawatankuasa Pusat PKC untuk menggubal Rancangan Lima Tahun ke-14 Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan dan Wawasan 2035  diluluskan pada Sidang Pleno ke-5 Jawatankuasa Pusat penggal ke-19 PKC pagi tadi.

Menurut Han, pendapat dan saran umum dikutipkan secara dalam talian untuk digunakan dalam penggubalan rancangan tersebut dari 16 hingga 29 Ogos lalu. Akhirnya sebanyak lebih seribu pendapat dan saran daripada lebih sejuta yang dikemukakan rakyat di serata negara ini terpilih, kemudian disusun dan digunakan dalam penggubalan berkenaan. Selain itu, 37 buah projek kaji selidik juga dijalankan oleh lebih 60 institusi penyelidikan dan jabatan berkenaan terhadap isu pembangunan sosioekonomi bagi tempoh Rancangan Lima Tahun ke-14 pembangunan sosioekonomi negara ini sehingga lebih 130 buah laporan dihasilkan. Perbincangan khas juga diadakan oleh Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China(CPPCC) untuk menghasilkan siri laporan kaji selidik pada hujung tahun lepas. Di samping itu, Presiden Xi Jinping kerap kali mempengerusikan sesi taklimat untuk mendengar pendapat dari pelbagai lapisan masyarakat. Penglibatan yang pelbagai dan jumlah peserta yang begitu banyak belum pernah disaksikan dalam sejarah China tentang penggubalan suatu cadangan negara.

Han Wenxiu memperkenalkan, menurut cadangan itu, pelbagai pihak dikehendaki mengamalkan konsep perkembangan baharu, mempercepat langkah pembentukan struktur pembangunan yang baharu, mendorong pembangunan berkualiti tinggi, menjamin ekonomi berkembang stabil dan rakyat hidup dalam masyarakat yang harmoni supaya dapat mengukuhkan permulaan bagi membina satu negara sosialis yang moden secara menyeluruh.   

吕清