China Komited Perkasa Strategi Kerjasama Sains dan Teknologi Antarabangsa

2020-10-30 14:12:16  CRI
Share with:

China komited memperkasa strategi kerjasama sains dan teknologi antarabangsa secara lebih terbuka, inklusif, berkongsi dan saling menguntungkan.

Presiden China Xi Jinping berkata demikian pada ucapannya menerusi rakaman video eksklusif untuk Forum Laureates Dunia ketiga(2020) (The World Laureates Forum) yang diadakan di Shanghai pagi tadi.

Menurut Presiden Xi, China menumpukan perhatian pada usaha inovasi sains dan teknologi dan sentiasa menjadikan usaha itu sebagai penggerak utama untuk memacu perkembangan.

Beliau berkata, sejak tercetusnya pandemik COVID-19, penyelidikan sains dan teknologi serta kerjasama transnasional telah dijalankan oleh saintis pelbagai negara dalam bidang perubatan, pembangnunan ubat-ubatan dan vaksin serta pencegahan dan kawalan wabak. Usaha tersebut telah memberi sumbangan penting bagi membendung penularan wabak tersebut.

Presiden Xi menegaskan kesediaan China dalam kerjasama dengan saintis dan pertubuhan sains dan teknologi antarabangsa untuk menjalankan kaji selidik terhadap isu penting dalam bidang sains dan mengatasi masalah sains dan teknologi yang dihadapi bersama. 

吕清