Cadangan PKC tentang Rancangan Lima Tahun ke-14 Disambut Hangat

2020-10-30 12:18:26  CRI
Share with:

Sidang pleno ke-5 Jawatankuasa Pusat penggal ke-19 Parti Komunis China (PKC) telah diadakan di Beijing pada 26 hingga 29 Oktober ini. “cadangan tentang penggubalan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan dan Wawasan 2035” telah dibahas dan diluluskan dalam sidang tersebut. Ramai pakar dan sarjana dari luar negara berpendapat bahawa cadangan tentang penggubalan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 dan Wawasan 2035 disifatkan sebagai permulaan untuk menggariskan cetak biru pembangunan negara sosialis yang moden secara menyeluruh, sementara memperkukuh keyakian pelbagai negara terhadap prospek pembangunan China di samping menyumbang kepada pembaikpulihan ekonomi global dalam situasi penularan wabak COVID-19.

Ahli ekonomi dari Akademi Sosioekonomi Negara Britain, Mao Xuxin berpendapatan bahawa ekonomi China sedang berkembang ke fasa pertumbuhan berkualiti tinggi, struktur ekonomi pula terus diperbaiki, industri sains teknologi canggih mencapai kemajuan besar, sementara kawasan pedalaman dan berhampiran laut pula berkembang secara selaras. Menurut beliau, penyusunan semula yang dikemukakan China dijangka akan membantu meningkatkan daya saing ekonomi secara berkesan sekali gus menaikkan keduduknya dalam rantai pembekalan global.

Felo penyelidik dari Institut Schiller Perancis, Christine Bierre pula menyatakan “cadangan tentang penggubalan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 dan Wawasan 2035” dilihat lebih mementingkan kualiti dan keberkesanan pembangunan ekonomi, memperincikan pelaksanaan langkah dalam memperluas permintaan domestik, keterbukaan, pembangunan hijau serta inovasi sains dan teknologi. Kesemua ini dijangka akan mendorong pembangunan di China ke arah yang makmur, sekali gus membantu ekonomi sedunia cepat pulih pada tempoh pasca wabak COVID-19.

Ketua Pengarah Penolong Institut Asia Timur Universiti Nasional Singapura, Chen Gang menyatakan dalam situasi ekonomi terjejas teruk akibat COVID-19, China memilih mengutamakan pasaran domestik, dan menggalakkan perkembangan seimbang antara pasaran domestik dengan pasaran antarabangsa. Ini bukan sahaja membawa manfaat kepada pembangunan negara sendiri secara berterusan, tetapi juga menyediakan pasaran yang lebih menarik dan besar kepada seluruh dunia.

张宪