Singapura Batalkan Sekatan Kemasukan Penumpang dari Tanah Besar China

2020-10-30 12:19:11  CRI
Share with:

Jabatan Penerbangan Sivil Singapura semalam mengumumkan akan membatalkan sekatan kemasukan terhadap penumpang dari Tanah Besar China mulai 6 November akan datang. Sehubungan itu, pelancongan antara kedua-dua pihak dijangka akan pulih tidak lama lagi. Penumpang yang negatif dalam ujian koronavirus tidak akan dilakukan kuarantin lagi selepas ketibaan di Singapura.

Penumpang yang diberi layanan tersebut perlu mempunyai prasyarat, iaitu berada di Tanah Besar China selama sekurang-kurangnya 14 hari secara berturut-turut sebelum bertolak ke Singapura, dan hanya boleh menaiki penerbangan langsung ke Singapura.

Menurut jabatan tersebut, sekatan kemasukan terhadap penumpang Tanah Besar China dibatalkan kerana pihaknya mempunyai sistem pengawasan kesihatan awam yang menyeluruh, dan berjaya mengawal penularan COVID-19.

张宪