Kerjasama Kereta Api China-Thailand Capai Kemajuan Signifikan

2020-10-30 13:38:24  CRI
Share with:

China bergembira menyaksikan pencapaian kemajuan signifikan dalam projek kerjasama landasan kereta api dengan Thailand, dan berharap kedua-dua pihak mempercepat pembinaan dan melancarkan landasan terbabit dengan secepat mungkin.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media di Beijing semalam.

Beliau menyifatkan kerjasama itu projek kapal laksamana dalam pembangunan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), yang dipercayai akan menggalakkan pembangunan infrastruktur dan pembangunan sosioekomoni Thailand.

Dimaklumkan, penandatanganan perjanjian 2.3 projek tahap pertama projek kerjasama landasan kereta api China-Thailand telah diadakan di Pejabat Perdana Menteri Thailand kelmarin. Ini satu lagi kemajuan yang signifikan sejak tahun 2017.

高蕾