CIIE Bakal Dirasmikan 4 Novermber

2020-10-30 14:20:14  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-3 bakal dirasmikan di Shanghai pada 4 November. Presiden China, Xi Jinping akan menyampaikan ucap tama melalui video. Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng memaklumkan demikian dalam sidang media semalam.

Menurut maklumat berkenaan, enam zon pameran komersial dalam CIIE kali ini yang seluas 360 ribu meter persegi, melibatkan makanan dan produk pertanian, automobil, kelengkapan teknikal, barangan penggunaan, perkakasan perubatan, ubat dan peralatan penjagaan kesihatan serta perdagangan perkhidmatan. Selain itu, terdapat empat kon khas yang ditambah untuk kesihatan awam, perjalanan pintar, penjimatan tenaga dan perlindungan alam serta barang sukan dan kejohanan pertandingan.

曹捷