Jualan Runcit Dalam Talian China Pecah 8 T

2020-10-30 13:37:28  CRI
Share with:

Kementerian Perdagangan China memaklumkan jumlah jualan runcit secara dalam talian di negara ini melebihi lapan trilion yuan (4.97 trilion ringgit) dalam tiga suku pertama tahun ini.

Jurucakapnya, Gao Feng berkata, angka tersebut menyaksikan peningkatan 9.7% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam sidang media yang diadakan di Beijing semalam, beliau menjelaskan jumlah jualan runcit barangan fizikal mencatat 6.6 trilion yuan iaitu peningkatan sebanyak 15.3%.

Menurut Gao, terdapat bebereapa ciri-ciri dalam pasaran penjualan runcit secara dalam talian di China dan salah satu daripadanya adalah penggunaan berhemat dan mesra alam yang menjadi trend penggunaan dalam talian.

Jelasnya, mod penggunaan baharu yang digabungkan dengan elemen hiburan seperti siaran langsung juga diminati ramai orang.

Selain itu, beliau juga memaklumkan e-dagang membantu menggalakkan pendigitalan perindustrian dan syarikat e-dagang gergasi turut mewujudkan wadah pengeluaran pintar berdasarkan data terkumpul, teknik dan cadangan kreatif, selain memberikan manfaat kepada entiti syarikat.

Lebih dari itu, Gao juga memberitahu e-dagang di kawasan luar bandar mengekalkan trend perkembangan baik.

Menurut kaji selidik, jualan runcit dalam talian berjumlah 1.2 trilion yuan di kawasan luar bandar dalam tiga suku pertama tahun ini, dan daripada jumlah itu, perniagaan hasil pertanian direkodkan sebanyak 288.41 bilion yuan, iaitu meningkat 34.3% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

覃淼