Respons Global Penting untuk Rungkai Cabaran

2020-11-13 11:49:28  CRI
Share with:

Respons Global Penting untuk Rungkai Cabaran

Ancaman dan cabaran global memerlukan respons global, ujar Presiden China, Xi Jinping ketika berucap pada Forum Keamanan Paris ketiga menerusi pautan video semalam.

Xi berkata, landskap global berkembang cepat ketika ini dengan kemunculan ancaman keselamatan tradisional dan bukan tradisional dalam senario situasi global tidak menentu.

Beliau menekankan perlunya mewujudkan usaha bersama untuk melawan pandemik COVID-19, merangsang pemulihan dan mempertahankan keamanan.

Lantaran itu, Xi mengetengahkan tiga saranan, iaitu bersatu padu dan saling membantu untuk memerangi wabak; mempertingkat keterbukaan dan kerjasama untuk memecut pemulihan; serta menegakkan keadilan dan memelihara keamanan.

Dalam pada itu, beliau merayu kepada negara-negara supaya mendukung undang-undang dan norma asas hubungan antarabangsa, serta mengetepikan prejudis dan pertentangan.

董筱娉