China, ASEAN Mahukan Sinergi Lebih Rapat

2020-11-13 10:49:55  CRI
Share with:

China, ASEAN Mahukan Sinergi Lebih Rapat

Dagangan antara China dengan ASEAN menyaksikan lonjakan pada tiga suku pertama tahun ini, hingga menjadikan ASEAN rakan dagang terbesar bagi China.

Sementara itu, jumlah pelaburan China di ASEAN merekodkan peningkatan melepasi 70% berbanding tempoh sama tahun lalu, biarpun ekonomi global mengalami kelembapan dan aliran warga rentas negara terbantut ekoran penularan COVID-19.

Perdana Menteri China, Li Keqiang berujar demikian semasa berucap dalam sidang kemuncak China-ASEAN (10+1) ke-23 yang diadakan secara maya semalam.

Li berkata, China dan ASEAN bahu-membahu dan berjuang seiringan untuk memerangi pandemik COVID-19. China akan secara aktif mempertimbangkan keperluan negara-negara ASEAN terhadap vaksin COVID-19, di samping memastikan jaringan perhubungan kecemasan kesihatan awam China-ASEAN dilancarkan seawal mungkin dan Forum Kerjasama Kesihatan China-ASEAN ke-3 dianjurkan dengan jayanya.

China mengalu-alukan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang bakal dimeterai, bersedia bersama-sama ASEAN melaksanakan perjanjian perdagangan bebas dengan baik, meningkatkan kemudahan dan liberalisasi perdagangan dan pelaburan, dan membina rangkaian “laluan pantas” di rantau ini.

Para pemimpin negara ASEAN meluahkan penghargaan atas keputusan China menawarkan vaksin yang dibangunkannya sebagai produk awam global, serta kesediaan untuk mempertingkat penyelarasan strategi pembangunan dengan China sambil mengintensifkan usaha sama melibatkan sosiobudaya, ekonomi digital, pembasmian kemiskinan, keselamatan bahan makanan dan perubahan iklim.

 

张哲