Lima Saranan Perkukuh Kerjasama 10+3

2020-11-15 13:30:36  CRI
Share with:

Lima Saranan Perkukuh Kerjasama 10+3

Lima Saranan Perkukuh Kerjasama 10+3

Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) bakal dimeterai secara rasmi oleh pihak-pihak terbabit.

China bersedia bersama-sama pelbagai pihak melaksanakan perjanjian itu dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan hasilnya dinikmati perusahaan dan rakyat serantau seawal mungkin.

Demikian ujar Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika berucap menerusi pautan video dalam Sidang Kemuncak ASEAN-China, Jepun, Korea Selatan (10+3) semalam.

Beliau turut mengemukakan lima saranan bagi memantapkan lagi kerjasama dalam rangka 10+3, yakni terus memperkasakan sinergi membendung pandemik COVID-19, mempercepat pembinaan kawasan perdagangan bebas, melancarkan rantaian industri dan bekalan serantau, merebut peluang daripada ekonomi digital, dan menumpukan usaha sama berkaitan kesejahteraan masyarakat.

周乔西