Lagi Misi Kapal Yuanwang untuk Penerbangan Angkasa Lepas

2020-11-20 17:04:54  CRI
Share with:

Lagi Misi Kapal Yuanwang untuk Penerbangan Angkasa Lepas

BEIJING, 20 Nov – Yuanwang-3, kapal peninjau laut untuk penerbangan angkasa lepas generasi kedua telah berlepas dari pelabuhan Pusat Kawalan dan Pengukuran Maritim Satelit China pada pagi semalam untuk menjalankan misi mengukur dan mengawal satelit di laut.

Opreasi kali ini bertujuan untuk membantu mempersiapkan pelancaran modul penjelajah bulan Chang’e-5 pada akhir November ini.

Kapal-kapal Yuanwang telah berjaya menjalankan pelbagai misi mengukur dan mengawal sejak awal tahun ini seperti sistem navigasi satelit Beidou-3, pelancaran modul penyelidik Marikh kali pertama dan pengangkutan roket pembawa Long March-5B.

Kapal-kapal tersebut telah beroperasi di laut selama lebih 900 hari dan belayar sejauh 150 ribu batu nautika.

Dalam pada itu, turut dimaklumkan juga bahawa jumlah misi yang dijalankan dan hari beroperasi di laut kapal-kapal Yuanwang telah mencapai rekod baharu.

徐国玮