China Rancakkan Pertukaran dan Kerjasama Angkasa Lepas

2020-11-20 13:12:17  CRI
Share with:

China Rancakkan Pertukaran dan Kerjasama Angkasa Lepas

Jabatan Pentadbiran Ruang Angkasa Lepas Negara China (CNSA) akan mengambil sikap yang lebih positif dan terbuka untuk melancarkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam bidang angkasa lepas. Naib Ketua Pengarah CNSA, Wu Yanhua berkata demikian di Beijing ketika menghadiri Seminar Antarabangsa Penggunaan Teknologi Angkasa Lepas untuk Tujuan Damai Tahun 2020 yang diadakan secara maya dan serentak di beberapa bandar di seluruh dunia pada 18 hingga 19 November lalu.

Wu berkata, China berharap bersama-sama dengan pelbagai negara mendorong kemajuan teknologi angkasa lepas demi pembangunan ekonomi dan kesihatan manusia. CNSA komited kepada pembinaan kemampuan angkasa lepas, giat mendorong penggunaan teknologi dan pembangunan industri angkasa lepas serta mempertingkatkan perkongsian data dan pertukaran dan latihan kepakaran.

China Rancakkan Pertukaran dan Kerjasama Angkasa Lepas

曹捷