Xi Jinping Utus Tahniah kepada Persidangan 5G + Internet Perindustrian

2020-11-20 14:22:20  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada Persidangan 5G + Internet Perindustrian China 2020 yang dirasmikan di Wuhan, Hubei hari ini.

Xi menyatakan, revolusi sains dan teknologi pusingan baharu serta transformasi industri sedang dipergiatkan di dunia, dan lonjakan besar dalam perkembangan teknologi maklumat dapat disaksikan satu demi satu. Penggunaan teknologi 5G dalam internet perindustrian akan mempercepat pembangunan negara pintar dan masyarakat pintar di China, mempercepat proses pengindustrian baharu, menambah penggerak baharu kepada pembangunan ekonomi China, dan mencipta peluang pembangunan baharu kepada ekonomi dunia yang sedang terperangkap dalam wabak COVID-19.

Xi menekankan, persidangan ini diadakan di Wuhan mempunyai erti yang istimewa. Beliau berharap agar provinsi Hubei dan bandar Wuhan mengambil kesempatan ini menyumbang kepada pembangunan ekonomi digital, perkembangan ekonomi ke arah yang berkualiti tinggi dan pembentukan paradigma pembangunan baharu. 

曹捷