Xi : Membina Bersama-sama dan Berkongsi Masa Depan Asia Pasifik yang Damai dan Makmur

2020-11-21 14:28:27  CRI
Share with:

Xi : Membina Bersama-sama dan Berkongsi Masa Depan Asia Pasifik yang Damai dan Makmur

Presiden China, Xi Jinping ketika menghadiri Sidang Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ke-27 yang diadakan secara maya malam semalam telah menyampaikan ucapan yang bertajuk 'Berganding Bahu Membentuk komuniti Berkongsi Nasib Asia Pasifik'.

Xi menyatakan, dunia ini yang termasuk rantau Asia Pasifik sedang mengalami reformasi yang mendalam. Apa jalan yang terpilih dalam kerjasama Asia Pasifik untuk masa depan berkait rapat dengan pembangunan rantau ini, kesejahteraan rakyat dan masa depan dunia.

Xi menunjukkan, kita akan menjadikan permulaan visi kerjasama selepas tahun 2020 sebagai titik tolak baharu untuk bersama-sama membentuk komuniti berkongsi nasib yang terbuka, inklusif, bertumbuh dengan inovatif, salinghubung, kerjasama dan menang-menang.

Xi menyatakan bahawa China mengalu-alukan pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan juga mempertimbangkan dengan sikap positif keanggotaan dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Xi Jinping dalam ucapannya berkata, ekonomi digital merupakan hala tuju perkembangan dunia pada masa depan. Dengan ini, peta jalan APEC dalam bidang internet dan ekonomi digital akan diperhalusi secara menyeluruh bagi mendorong perkenalan dan penggunaan teknologi baharu, dan memperkasakan pembinaan infrastruktur teknologi digital.

Di samping itu, Presiden Xi memaklumkan, China akan menganjurkan seminar pembasmian kemiskinan dengan teknologi digital pada tahun depan, dan memanfaatkan kelebihan teknologi tersebut untuk memberi bantuan kepada usaha pembasmian kemiskinan di rantau ini.

China menyokong APEC mempertingkatkan pertukaran dasar dan kemampuan dalam bidang kesihatan awam serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), manakala mengeluarkan anjuran perubatan jarak jauh yang bertujuan membantu rakyat di kawasan miskin dan terpencil mendapat rawatan yang berkesan pada waktu tepat. Ini dilihat berfaedah bagi kerjasama melawan wabak dan pemulihan ekonomi.

Pada akhirnya, Presiden Xi menekankan bahawa China bersedia bersama-sama dengan pelbagai pihak membina dan berkongsi masa depan Asia Pasifk yang damai dan makmur sekali gus berusaha untuk merealisasikan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

曹捷