Perhebat Perpaduan, Cipta Masa Depan Cerah

2020-11-21 16:06:24  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi semalam telah menyampaikan ucaptama video yang bertajuk "memperhebat perpaduan dan mencipta masa depan yang cerah" dalam persidangan kumpulan pemikir sejagat yang bertemakan "membangun semula dunia pasca wabak".

Menurut beliau, 2020 pasti akan tercatat dalam sejarah manusia, kerana situasi antarabangsa berkembang ke satu tahap yang baharu setelah mengalami tamparan pandemik COVID-19 dan perubahan drastik yang belum pernah disaksikan pada seratus tahun yang lalu. Umat manusia berturut-turut melakar sejarah pembangunan berdasarkan hasil yang tercapai dalam mengatasi kesukaran dan risiko setiap kali. Pelbagai negara di dunia ini perlu menimpa pengalaman daripada malapetaka, meningkatkan solidariti dan mencapai persepakatan untuk mencipta masa depan yang lebih cerah.

Tambah beliau, pelbagai negara perlu memperhebat kerjasama, mengalahkan wabak dengan tundas, mempertingkat penyelarasan pelbagai hala, menyempurnakan sistem tadbir urus global, meningkatkan keterbukaan dan kesalinghubungan, mendorong pemulihan ekonomi sejagat, mempererat hubungan saling percaya, dan memelihara kedamaian serta pembangunan serantau.

Persidangan tersebut dianjurkan Persatuan Dasar Luar Indonesia secara telesidang semalam.

高蕾