Xi: G20 Diharap Mainkan Peranan Peneraju yang Lebih Besar dalam Tadbir Urus Sejagat Pasca Wabak

2020-11-21 23:11:53  CRI
Share with:

Xi: G20 Diharap Mainkan Peranan Peneraju yang Lebih Besar dalam Tadbir Urus Sejagat Pasca Wabak

Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri mesyuarat fasa pertama Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20) yang diadakan secara maya di Beijing malam tadi.

Xi menekankan, kelemahan yang wujud dalam tadbir urus sejagat terdedah dalam penularan wabak COVID-19. Kita harus mentaati prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi, mengekalkan amalan multilateralisme dan pelaksanaan dasar yang terbuka, inklusif, kerjasama dan saling untung supaya tidak ketinggalan arus zaman. G20 seharusnya memainkan peranan peneraju yang lebih besar dalam usaha tersebut.

Beliau menegaskan peri pentingnya untuk menyokong pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), merancakkan perdagangan bebas, menentang amalan unilateralisme dan memastikan hak, kepentingan dan ruang pembangunan milik negara membangun terjamin.

Xi berkata, kita patut menyokong peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membina suasana pembangunan digital yang terbuka, saksama, adil dan tanpa diskriminasi. China pernah mengelarkan anjuran mengenai keselamatan data sejagat dan bersedia berdasarkan anjuran itu berbincang dengan pelbagai pihak dan menggubal peraturan tadbir urus digital sejagat.

Menurut beliau, tugas yang paling mendesak buat masa ini adalah menyempurnakan sistem kesihatan awam, mencegah dan mengawal wabak COVID-19 dan penyakit berjangkit yang lain. Peranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) perlu dipertingkat, dengan tujuannya  mendorong pencegahan dan kawalan wabak di dunia, memperkukuh penjagaan keselamatan kesihatan manusia dan membentuk komuniti kesihatan dan sanitasi manusia.

Xi: G20 Diharap Mainkan Peranan Peneraju yang Lebih Besar dalam Tadbir Urus Sejagat Pasca Wabak

曹捷