PM Malaysia Seru APEC Dorong Pemulihan Ekonomi

2020-11-21 13:46:01  CRI
Share with:

PM Malaysia Seru APEC Dorong Pemulihan Ekonomi

Sidang Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-27 telah diadakan secara maya semalam.

Sebagai pihak penganjur, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin dalam ucapan disampaikan semasa upacara perasmian menyatakan bahawa anggota APEC perlu bersatu padu untuk mengatasi wabak COVID-19 sekali gus mendorong pemulihan ekonomi serantau pasca wabak.

Tan Sri Muhyidin berkata, sejak ditubuhkan, APEC telah mempergiat kerjasama, pelaburan, pertumbuhan ekonomi dan perdagangan di rantau terbabit. Peranan APEC dilihat lebih penting lagi dalam situasi penularan wabak COVID-19 kini.

Beliau menyeru agar anggota APEC berganding bahu menangani wabak COVID-19, dan memastikan rakyat seluruh dunia dapat memperoleh vaksin dan teknologi kesihatan secara adil, mampu milik dan mudah didapati.

Menurut beliau, APEC berperanan kunci dalam mendorong pemulihan ekonomi pasca wabak. Sehubungan itu, pelbagai entiti ekonomi perlu menangani masalah kemerosotan ekonomi melalui perdagangan dan pelaburan sehingga dapat merintis jalan pembangunan dan pemulihan ekonomi yang lancar, inklusif dan berterusan.

张宪