Xi Seru G20 Melindungi Bumi

2020-11-23 13:47:02  CRI
Share with:

Xi Seru G20 Melindungi Bumi

Presiden China, Xi Jinping menyeru anggota Kumpulan 20 (G20) meningkatkan kerjasama untuk menangani cabaran perubahan iklim dan melindungi planet biru ini.

Beliau membuat seruan itu ketika berucap dalam sidang sampingan Sidang Kemuncak G20 bertemakan melindungi bumi semalam.

Xi mengemukakan tiga cadangan.

Pertama, meningkatkan usaha menangani perubahan iklim. Negara G20 harus memainkan peranan pimpinan untuk menggalakkan pelaksanakan Perjanjian Paris secara menyeluruh di bawah rangka Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC). China mengumumkan, negara ini akan meningkatkan sumbangan, berusaha untuk mencapai puncak pelepasan karbon dioksida sebelum tahun 2030, mewujudkan neutral karbon sebelum tahun 2060.

Kedua, menggalakkan transformasi tenaga bersih. China menyokong transformasi sumber tenaga ke arah karbon rendah pasca wabak. China telah membina sistem tenaga bersih terbesar di dunia, mempercepat pembangunan tenaga baharu dan hijau demi transformasi sosioekonomi hijau secara menyeluruh.

Ketiga, membina sistem ekologi yang menghormati alam. China mengalu-alukan pelbagai pihak menyertai persidangan Konvensyen Biodiversiti ke-15 yang bakal diadakan di Kunming, China pada Mei tahun depan.

胡星