Xi Tekankan Pembangunan Lestari dalam Sidang Kemuncak G20

2020-11-23 13:51:21  CRI
Share with:

 

Xi Tekankan Pembangunan Lestari dalam Sidang Kemuncak G20

Xi Tekankan Pembangunan Lestari dalam Sidang Kemuncak G20

Presiden China, Xi Jinping menghadiri sesi kedua Sidang Kemuncak Ke-15 Kumpulan 20 (G20) secara maya di Beijing semalam dan menjelaskan pandangan mengenai pembangunan lestari. 

 

Menurut Xi, adalah amat penting untuk menggalakkan usaha pengurangan kemiskinan global demi mencipta masa depan yang inklusif, lestari dan bertahan.

 

Pertama, mengekalkan konsep pembangunan diutamakan. Berpandukan Agenda Pembangunan Lestari 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pelbagai pihak harus meningkatkan kerjasama dan mengurangkan jurang pembangunan antara Utara dengan Selatan.

 

Kedua, mengamalkan polisi yang komprehensif dan seimbang. Melaksanakan inisiatif mengurangkan beban hutang bagi negara membangun, di samping terus memberikan sokongan kewangan kepada mereka, serta menggalakkan pembinaan infrastruktur dan kesalinghubungan.

 

Ketiga, membina iklim ekonomi antarabangsa yang baik. Mengurangkan tarif dan halangan bukan tarif, mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan pembangunan melalui perdagangan, dan membantu negara-negara membangun terlibat dalam pasaran global dengan lebih baik.

胡星