Chang'e-5 Selesai Misi Kumpul Sampel

2020-12-03 14:13:16  CRI
Share with:

Chang'e-5 Selesai Misi Kumpul Sampel

Prob penyelidikan angkasa lepas China, Chang'e-5 menyelesaikan misi mengumpul sampel batu dan tanah secara automatik di permukaan bulan pada pukul 10.00 malam Rabu selepas menjalankan tugas selama kira-kira 19 jam.

Sampel yang dikutip telah disimpan di dalam peranti storan yang dipasang pada alat pendaki prob itu.

Menerusi misi eksplorasi kali ini, Chang'e-5 akan membawa pulang tanah bulan seberat kira-kira dua kilogram ke bumi untuk diselidik saintis.

周乔西