Pesta Cahaya Antarabangsa Guangzhou yang Menarik

2020-12-04 14:26:22  CRI
Share with:

Pesta Cahaya Antarabangsa Guangzhou ke-10 ditutup pada Selasa di bandar Guangzhou, provinsi Guangdong di selatan China, menyaksikan kehadiran 2.1 juta pengunjung untuk menonton persembahan cahaya yang sangat menarik.

Tahun ini ulang tahun ke-10 pesta cahaya ini. Dalam temnpoh sedekad yang lalu, pesta ini telah berkembang menjadi sebuah acara seni dan turut menarik perhatian dunia.

Sejak pesta ini membuka tirai pada 18 November, acara persembahan fizikal mendapat sambutan hangat, dengan semua tiket cepat ditempah habis.

Aktiviti ini membolehkan pengunjung mendapat pengalaman mendalam dengan menyediakan pertunjukan kesenian yang digabungkan dengan persembahan cahaya yang mengagumkan, dan keindahan pemandangan bandar Guangzhou.

Seorang pengunjung memberitahu wartawan bahawa aktiviti berskala besar seperti ini dapat diadakan seperti yang dijadualkan dan berjalan lancar adalah hasil kejayaan dalam usaha pencegahan dan kawalan wabak COVID-19 di Guangzhou malah di seluruh negara.

Pesta yang diadakan pada 18 November hingga 1 Disember ini sudah pun berkembang menjadi salah satu acara persembahan cahaya yang paling berprestij di dunia.

曹捷