Defisit Perdagangan Perkhidmatan China Berkurangan

2020-12-04 13:12:27  CRI
Share with:

Defisit perdagangan perkhidmatan China berkurangan, manakala nisbah perdagangan perkhidmatan berintensifkan pengetahuan meningkat dalam 10 bulan pertama tahun ini.

Menurut maklumat dari Kementerian Perdagangan China, jumlah import-eksport perkhidmatan negara ini dalam 10 bulan pertama tahun ini menurun 16.1% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan mencatat RMB3.726 trilion (RM2.312 trilion) berikutan impak negatif pandemik COVID-19 dan faktor yang lain, dan mengakibatkan  defisit perdagangan perkhidmatan menurun 51.1% kepada RMB627.88 bilion(RM389.54 bilion).

Pada masa yang sama, jumlah import-eksport perkhidmatan berintensifkan pengetahuan pula meningkat 8.3% kepada RMB1.639 trilion(RM1.017trilion) dengan nisbahnya dalam jumlah import-eksport perkhidmatan meningkat kepada 44%.

Selain itu, import-eksport perkhidmatan pelancongan China juga menurun dengan ketara disebabkan kesan negatif wabak.

Jika perkhidmatan pelancongan dikecualikan, jumlah import-eksport perkhidmatan China dalam 10 bulan pertama tahun ini meningkat 2.3%, antaranya jumlah eksport meningkat 4.8%, manakala import standing dengan tempoh yang sama tahun lepas.

高蕾