BFA Seru Perhebat Kolaborasi Eurasia

2020-12-04 12:16:07  CRI
Share with:

Pandemik COVID-19 yang sedang merebak di seluruh dunia menonjolkan pentingnya membangkitkan semula multilateralisme dan memperhebat kolaborasi antarabangsa.

Eurasia perlu menggembleng tenaga melawan wabak, memangkin pemulihan ekonomi dan menyumbang kepada penambahbaikan tadbir urus sejagat.

Kesepakatan itu dicapai pada mesyuarat khas Forum Asia Boao (BFA) bertema "dialog dan kerjasama Eurasia” yang diadakan secara maya pada Khamis.

Setiausaha Agung BFA, Li Baodong turut menyeru supaya Eurasia terus mengintensifkan kerjasama berdasarkan konsensus yang telah dicapai dalam memacu pemulihan ekonomi dan perdagangan global, melindungi sistem multilateral serta menangani perubahan iklim.

 

 

 

周乔西