AS Berniat Gendala Pembangunan Xinjiang

2020-12-04 11:57:25  CRI
Share with:

Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap syarikat Xinjiang adalah berniat untuk menggendalakan pembangunan stabil dan kemakmuran di wilayah itu.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying susulan AS mengeluarkan arahan melarang import produk kapas yang dihasilkan Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang (XPCC).

Hua dalam taklimat media semalam berkata, China akan terus mengambil segala tindakan yang perlu untuk melindungi hak dan kepentingan syarikat-syarikat berkenaan.

Tegas beliau lagi, perbuatan AS seumpama bukan sekadar membelakangi peraturan perdagangan antarabangsa dan prinsip ekonomi pasaran, malah menjejaskan rantaian industri dan bekalan global serta kepentingan syarikat dan pengguna pelbagai negara termasuk AS sendiri.

周乔西