Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun Ke-20 Lembaga Penasihat SEM Tsinghua

2020-12-04 11:26:39  CRI
Share with:

Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun Ke-20 Lembaga Penasihat SEM Tsinghua

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan tahniah menerusi pautan video sempena ulang tahun ke-20 Lembaga Penasihat Sekolah Ekonomi dan Pengurusan(SEM) Universiti Tsinghua semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, situasi antarabangsa kini menghadapi ketidaktentuan yang semakin meningkat ekoran penularan pandemik COVID-19. Semua negara harus memperkasakan solidariti dan kerjasama, di samping mempertahankan multilateralisme bagi menangani cabaran.

Tambah beliau, China sedang membentuk paradigma pembangunan baharu yang mengambil kitaran domestik sebagai tonggak utama, di samping kitaran domestik dan kitaran antarabangsa saling menggalakkan.

Sementera itu, China komited memperluas keterbukaan dan proaktif mengintegrasikan diri dalam pasaran global bagi berkongsi peluang pembangunan dengan pelbagai negara dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi dunia.

周乔西