China Capai Matlamat Basmi Kemiskinan

2020-12-04 15:43:45  CRI
Share with:

China telah menyempurnakan matlamat pembasmian kemiskinan pada era baharu ini seperti dijadualkan, satu kemenangan yang cukup mengagumkan.

Demikian diumumkan Presiden Xi Jinping ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) pada Khamis.

Beliau menyatakan hasil usaha gigih selama lapan tahun, semua penduduk miskin di kawasan desa telah dibantu keluar dari belenggu kemiskinan, dengan hampir 100 juta orang mengubah status hidup.

Selain itu, kesemua kaunti miskin telah dikeluarkan daripada senarai kemiskinan, sementara kemiskinan mutlak dan kemiskinan keseluruhan di peringkat daerah berjaya diatasi.

Mesyuarat tersebut bagaimanapun juga menunjukkan bahawa masalah ketidakseimbangan dan ketidakcukupan dalam pembangunan China masih menonjol, dan tugas bagi mengukuhkan hasil pembasmian kemiskinan  tetap berat.

梁靓