UNGA Khas COVID-19 Signifikan

2020-12-04 15:43:13  CRI
Share with:

Sidang khas Perhimpunan Agung PBB (UNGA) mengenai COVID-19 amat bermakna, ujar jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media pada Khamis.

Hua berkata, penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan mendalam terhadap pembangunan masyarakat manusia. Kemunculan gelombang baharu pula mempersukar usaha untuk melawan wabak, melindungi kehidupan rakyat dan menstabilkan ekonomi. Komuniti antarabangsa menanti-nanti PBB memainkan peranan lebih besar untuk merungkai cabaran semasa. 

China akan bersama-sama pelbagai pihak memastikan sesi khas itu mengeluarkan isyarat positif dalam melindungi multilateralisme dan bergandingan memerangi wabak.

PBB dijadual mengadakan sesi UNGA khas pada 3 hingga 4 Disember, menumpukan koordinasi antarabangsa memerangi pandemik COVID-19.

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi menghadiri sidang tersebut dan menyampaikan ucapan menerusi pautan video, selaku wakil khas Presiden Xi Jinping.

梁靓