China, ASEAN Mahu Tingkat Kerjasama Ketenteraan

2020-12-10 12:31:19  CRI
Share with:

China, ASEAN Mahu Tingkat Kerjasama Ketenteraan

China bersedia memperkasakan kerjasama pragmatik dengan negara-negara ASEAN dalam bidang ketenteraan bagi menangani bersama pelbagai risiko dan cabaran keselamatan.

Demikian dinyatakan Menteri Pertahanan China Wei Fenghe pada Pertemuan Tidak Rasmi Menteri Pertahanan China-ASEAN ke-11 yang diadakan secara maya semalam.

Wei Fenghe berpendapat, kerjasama pragmatik China-ASEAN dalam bidang pertahanan dan keselamatan telah memberi teladan kepada kerjasama rantau. Negara-negara rantau ini mempunyai kebijaksanaan dan keupayaan untuk menyelesaikan isu Laut China Selatan dan memelihara kedamaian dan keamanan di kawasan perairan ini.

China, ASEAN Mahu Tingkat Kerjasama Ketenteraan

Sementara itu, pegawai jabatan ketenteraan negara-negara ASEAN pula mengucapkan tahniah ke atas kejayaan China dalam usaha melawan pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi, melahirkan penghargaan atas kerjasama China dalam sektor pertahanan selain menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan China dalam menjaga kestabilan di Laut China Selatan serta kedamaian dan pembangunan serantau.

曹捷