Rundingan Perjanjian Pelaburan China-Eropah Selesai

2020-12-31 12:41:11  CRI
Share with:

Rundingan Perjanjian Pelaburan China-Eropah Selesai_fororder_1126929276_16093438405381n

Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan pertemuan menerusi video dengan Canselor Jerman, Angela Merkel, Presiden Perancis, Macron, Presiden Majlis Eropah, Charles Michel dan Presiden Jawatankuasa Kesatuan Eropah, Ursula von der Leyen untuk bersama-sama mengumumkan penyelesaian rundingan perjanjian pelaburan China-Eropah mengikut jadualnya.

Presiden Xi menyatakan, kedua-dua pihak menyelesaikan matlamat yang dijangkakan dalam rundingan perjanjian pelaburan China-Eropah, mencapai sebuah perjanjian pelaburan yang seimbang, bertaraf tinggi, saling menguntungkan dan menang-menang. Pencapaian ini menunjukkan keazaman dan keyakinan China untuk meningkatkan tahap keterbukaan ke arah yang bertaraf tinggi dan dijangka memberi kemasukan pasaran yang lebih luas, persekitaran urus niaga yang lebih baik, jaminan sistem yang lebih kuat dan prosek kerjasama yang lebih cerah terhadap pelaburan antara kedua-dua pihak.

Rundingan Perjanjian Pelaburan China-Eropah Selesai_fororder_1126929276_16093438583621n

Selain itu, pencapaian ini juga akan memberi manfaat kepada pemulihan ekonomi sedunia pasca pandemik COVID-19, dan dipercayai akan mengintensifkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap globalisasi ekonomi dan perdagangan bebas serta membolehkan kedua-dua pasaran besar ini iaitu pasaran China dan Eropah memberi sumbangan yang penting kepada pembinaan ekonomi dunia yang terbuka.

Xi menekankan, China berusaha membentuk paradigma pembangunan baharu, dan akan memberi lebih banyak peluang pasaran kepada Eropah dan dunia serta menyediakan ruang kerjasama yang lebih luas. Beliau berharap pihak Eropah terus mengekalkan perdagangan bebas dan amalan multilateralisme di samping mewujudkan persekitaran perniagaan yang terbuka, adil dan tanpa diskriminasi kepada pelabur China.

Menurut Presiden Xi, pada saat menjelang ketibaan tahun 2021, kedua-dua pihak perlu terus bekerjasama untuk melawan wabak, mendorong pemulihan ekonomi, meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategik pembangunan masing-masing, menjana pembangunan hijau dan mempergiatkan kerjasama pelbagai hala.

Pemimpin-pemimpin China dan Eropah saling mengucapkan selamat tahun baharu, dan bersama-sama menyatakan akan terus mengekalkan interaksi rapat, melicinkan pelaksanaan agenda pertukaran utama kedua-dua pihak dan mendorong hubungan rakan strategik komprehensif China-Eropah terus berkembang maju.

张宪