Majlis Jamuan Tahun Baharu Anjuran CPPCC

2021-01-01 15:20:03  CRI
Share with:

Majlis Jamuan Tahun Baharu Anjuran CPPCC_fororder_xjp2

Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) diharap memperkukuh perpaduan, mempergiat pembangunan mekanisme mesyuarat, meningkatkan keberkesanan tadbir urus negara berdasarkan sistem mesyuarat rakyat yang mempunyai kelebihan yang tersendiri, dan mengambil kira kebijakan dan cadangan pelbagai pihak agar terus menciptakan kecemerlangan berdasarkan solidariti yang kukuh.

Majlis Jamuan Tahun Baharu Anjuran CPPCC_fororder_xjp3

Demikian dinyatakan Presiden China merangkap Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping dalam majlis jamuan tahun baharu yang diadakan Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC semalam.

Majlis Jamuan Tahun Baharu Anjuran CPPCC_fororder_xjp

Katanya, sempena ulang tahun ke-100 tertubuhnya pada 2021, PKC akan menyusun dan melaksanakan Rancangan Lima Tahun Ke-14, serta mengayunkan langkah ke pembangunan negara sosialis moden secara menyeluruh. Sementara itu, kita patut mengukir proses yang susah payah untuk merealisasikan kemerdekaan bangsa, pembebasan rakyat, kemakmuran negara, dan kesentosaan masyarakat dalam hati kita, menyemarakkan 'semangat lembu', mengekalkan sikap yang teliti dan tenang, mempertahankan keberanian dan keteguhan, agar dapat merayakan ulang tahun ke-100 itu dengan pencapaian yang cemerlang.

高蕾