Maklumat Palsu Tersebar Luas, Rakyat Menderita

2021-01-07 14:13:37  CRI
Share with:

Maklumat Palsu Tersebar Luas, Rakyat Menderita_fororder_锐2

Maklumat Palsu Tersebar Luas, Rakyat Menderita_fororder_rui1

"Semua angka kematian ini adalah benar. Jika tak bercaya, pergilah ke hospital untuk tengok apa yang sedang dibuat oleh kakitangan perubatan!”

Pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr. Anthony Fauci meluahkan kenyataan itu dengan amat marah ketika membalas kenyataan pemimpin negara itu yang mendakwa Pusat Pengawalan Penyakit (CDC) "membesar-besarkan angka kematian".

Sehingga kini, lebih 20 juta orang disahkan positif Covid-19 dan lebih 350 ribu orang meninggal dunia di AS. Di Los Angeles saja, satu nyawa diragut setiap enam saat. Semua angka ini mencerminkan pandemik ini sudah hilang kawalan di negara itu.

Walau bagaimanapun, sesetengah politikus AS langsung menutup mata, terus menyebarkan maklumat palsu untuk mengelakkan tanggungjawap sendiri.

Dalam tempoh sepuluh bulan yang lalu, akhbar angin yang dibuat politikus tersebar luas di negara itu yang menyebabkan rakyatnya tertipu. The Washington Post menyebut, "penyebaran maklumat palsu" boleh memberikan jawapan kepada soalan mengapa AS memiliki teknologi perubatan paling canggih, tapi mempunyai kadar kematian Covid-19 yang tertinggi di dunia.

Pada hari pertama tahun ini, Setiausaha Negara, Mike Pompeo dalam akaun Twitter menyatakan "AS kini jauh lebih selamat berbanding empat tahun lalu". Namun pada minggu sebelum itu, ada satu warga negara itu meninggal dunia setiap 33 saat kerana jangkitan Covid-19.

Ketika sesetengah politikus AS sibuk menjaga kepentingan sendiri, rakyat yang tidak berdosa sedang menderita kesengsaraan. Manakan boleh dikatakan negara itu "lambang kebebasan"?

胡星