Xi: Pastikan Pembangunan Negara Sosialis Moden Bermula dengan Baik

2021-01-12 11:50:39  CRI
Share with:

Xi: Pastikan Pembangunan Negara Sosialis Moden Bermula dengan Baik_fororder_1126971264_16104216655281n

Presiden China, Xi Jinping menekankan perlunya memastikan usaha membangunkan negara sosialis moden secara menyeluruh bermula dengan baik, semasa bersimposium bersama pegawai peringkat menteri dan provinsi semalam.

Beliau berkata, pembentukan paradigma pembangunan baharu perlu dipercepat dengan memegang konsep baharu dan menyasarkan pembangunan yang lebih berkualiti.

Xi: Pastikan Pembangunan Negara Sosialis Moden Bermula dengan Baik_fororder_1126971264_16104216714261n

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) sekali lagi menegaskan rakyat merupakan tunjang negara dan tonggak pemerintahan. Justeru, beliau menuntut supaya konsep pembangunan baharu diamalkan bersungguh-sungguh, demi memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Tambah beliau, usaha mewujudkan kekayaan bersama bukanlah soal ekonomi semata-mata, tetapi soal politik penting yang berkaitan dengan asas pemerintahan. Oleh itu, usaha hendaklah dilakukan dengan proaktif bagi mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah dan jurang pendapatan antara golongan masyarakat.  

张哲