Tohmahan Pompeo Dikecam Beijing

2021-01-13 13:15:55  CRI
Share with:

China sentiasa menjadi penyumbang kepada keamanan dunia dan pembela order antarabangsa, kata jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian.

Pendirian itu ditegaskan Zhao sebagai respons terhadap perbuatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo sekali lagi memuat naik ciapan berunsur memburuk-burukkan China menerusi akaun Twitternya pada Isnin.

Mengulas dakwaan tersebut pada sidang media di Beijing semalam, Zhao membalas dengan mengkritik ASlah faktor tidak menentu paling besar yang mengancam kedamaian dan keselamatan global dan mencemari kerjasama pelbagai hala.

“Pompeo menggunakan apa jua cara untuk menyebarkan virus politik, tidak henti-henti bercakap bohong dan memutarbelitkan fakta.

“Tambahan, negara itu berdegil mengamalkan unilateralisme dan bertindak secara membuli, selain sewenang-wenangnya menarik diri daripada pertubuhan antarabangsa dan mengugut negara lain dengan mengenakan sekatan,” ujar beliau.

Setakat ini, AS menarik diri dari lebih sepuluh perjanjian dan pertubuhan antarabangsa. Negara itu secara sepihak mengumumkan sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Iran dikuatkuasakan semula dan melemparkan tohmahan dan fitnah terhadap negara-negara lain menerusi platform antarabangsa antaranya PBB, hingga mendapat kritikan keras di persada dunia.

Katanya, tingkah laku AS bukan sahaja merencatkan kerjasama antarabangsa membabitkan pelbagai bidang, malah merosakkan order antarabangsa dan mekanisme global yang sedia ada, sehingga mencemari keamanan, kestabilan dan keselamatan dunia.

董筱娉