Bantah Sekatan AS Terhadap Cuba

2021-01-13 12:47:07  CRI
Share with:

China menentang keras tindakan  Amerika Syarikat (AS) melaksanakan pembulian politik dan sekatan ekonomi terhadap Cuba atas nama antikeganasan.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian dalam sidang media semalam, susulan AS memasukkan semula Cuba ke dalam senarai negara penaja keganasan.  

Zhao menyatakan China tetap berpegang pada pendirian bahawa masyarakat antarabangsa perlu berganding bahu memerangi keganasan, namun dengan tegas membantah perbuatan AS tersebut.

Tegas beliau, AS harus membangunkan hubungan normal dengan Cuba berasaskan prinsip sama rata dan saling hormat. Ini sesuai dengan kepentingan asas rakyat dua negara, juga kondusif bagi menjaga keamanan dan kestabilan rantau Amerika Latin.

梁靓