Sedia Bersama Teroka Kaedah Lindung Biodiversiti

2021-01-13 13:42:07  CRI
Share with:

Ucaptama disampaikan Naib Perdana Menteri China, Han Zheng pada sidang kemuncak Satu Planet akan menjadi panduan bagi kelangsungan agenda Persidangan ke-15 Negara-negara Anggota Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP15) yang bakal diadakan di Kunming tahun ini.

Dalam sidang maya bertemakan “Perlindungan Biodiversiti” di Beijing pada Isnin, Han menyeru dunia bersama-sama berusaha mewujudkan simbiosis antara manusia dengan alam sekitar, di samping meningkatkan komunikasi untuk mewujudkan situasi sama menang.

Sehubungan itu, jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian menekankan bahawa China sentiasa menjadi peserta, penyumbang dan peneraju utama dalam pembinaan tamadun ekologi global.

Katanya, China melaksanakan secara bersungguh-sungguh Konvensyen Kepelbagaian Biologi, dan Sasaran Biodiversiti Aichi (2011-2020) yang diluluskan dalam Persidangan ke-10 Negara-negara Anggota Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP10).

Menerusi kesungguhannya, China telah mencapai hasil memuaskan dalam usaha perlindungan alam sekitar dengan langkah-langkah seperti membentuk sistem taman negara dan melaksanakan projek-projek utama untuk perlindungan biodiversiti.

Tambah Zhao lagi, China telah menjalankan usaha sama dengan lebih 100 negara dalam bidang perlindungan alam sekitar dengan mengemukakan saranan untuk menubuhkan Perikatan Antarabangsa Pembangunan Hijau yang berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

周乔西