Ujian dan Pemvaksinan COVID-19 Diteruskan di Serata China

2021-01-13 12:52:30  CRI
Share with:

China terus melaksanakan ujian dan  pemvaksinan secara besar-besaran di samping meningkatkan langkah pencegahan dan kawalan penularan wabak COVID-19.

Naib Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Beijing, Pang Xinghuo dalam satu sidang media yang diadakan semalam berkata, ia adalah susulan penemuan kes baharu wabak tersebut di sesetengah tempat negara itu.

Jelas Pang, Setakat ini, bandar Shijiazhuang, Xingtai dan Langfang di provinsi Hebei, utara China masih dilaporkan mempunyai kes jangkitan baharu dan kini dilaksanakan langkah perintah berkurung bagi mengawal pergerakan penduduk dan kenderaan.

Di samping itu, Pang juga memberitahu langkah yang lebih ketat turut diambil untuk mengawal pergerakan penduduk di tempat berisiko sederhana dan tinggi dalam penularan virus.

Turut dimaklumkan juga bahawa ujian asid nukleik pusingan kedua untuk semua penduduk bandar Shijiazhuang, ibu kota provinsi Hebei telah dimulakan semalam.

Dalam pada itu, Untuk menjamin pembekalan bahan kehidupan penduduk, pihak provinsi Hebei telah menjalankan pelbagai langkah termasuk menghantar sayur-sayuran kepada komuniti kediaman yang buat masa sekarang dalam sekatan di bandar Shijiazhuang dan Xingtai.

 Pada masa sama, Pang turut mengumumkan satu kes jangkitan baharu COVID-19 dan 4 kes jangkitan tanpa simptom dilaporkan di Beijing.

Menurut beliau, antara 8 kawasan dengan tahap berisiko sederhana di bandar raya itu, 7 daripadanya adalah di daerah Shunyi.

Dalam perkembangan lain, beliau juga berkata bahawa pemvaksinan COVID-19 turut berjalan lancar di Beijing, Hebei dan Shanxi.

张宪