Mainkan Isu Xinjiang, Hipokrasi Keji

2021-01-14 14:48:22  CRI
Share with:

Tatkala kerajaan AS penggal ini akan tamat tempoh perkhidmatan tidak lama lagi, sesetengah politikusnya sekali lagi melemparkan tohmahan mengenai isu Xinjiang bagi memburuk-burukkan China, malah menyebarkan khabar angin berlakunya "genosid" di wilayah tersebut.

Desas-desus itu ditepis apabila statistik demografi menunjukkan jumlah populasi etnik Uygur di Xinjiang meningkat 25.04 peratus daripada 10.17 juta pada 2010 kepada 12.72 juta pada 2018.

Padahal, AS yang mempunyai rekod hitam dalam isu hak asasi manusia, barulah negara yang wujudnya masalah diskriminasi kaum.

Mengimbas kembali sejarah, dasar kerajaan AS telah menyebabkan populasi warga Amerika keturunan India menurun secara mendadak, sehingga hanya mencatat 250 ribu pada awal abad ke-20 daripada 5 juta pada 1492.

Pada zaman sekarang pula, jangkitan COVID-19 dan kadar kematiannya membabitkan warga keturunan Afrika dan Amerika Latin di AS masing-masing merekodkan lima dan empat kali ganda berbanding orang putih.

Bukan sekadar itu sahaja, dengan dalih membanteras keganasan, AS telah mencetuskan peperangan di Iraq, Syria, Libya dan Afghanistan pada beberapa tahun kebelakangan ini, menyebabkan kematian berjuta-juta penduduk yang tidak berdosa.

Bagi Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo yang bersikap prejudis dan berdiskriminasi terhadap kaum Muslim di negara sendiri, mana mungkin benar-benar prihatin terhadap kepentingan penduduk Uygur di Xinjiang? Amalan politikus AS itu ternyata hipokrasi yang sungguh keji.

董筱娉