Nyawa Pesakit AS 'Terculik' oleh Sistem Perubatan Negaranya

2021-01-18 15:35:24  CRI
Share with:

Nyawa Pesakit AS 'Terculik' oleh Sistem Perubatan Negaranya_fororder_微信图片_20210118153735

Seiring dengan penularan wabak Covid-19,  terdedahlah hakikat sistem perubatan Amerika Syarikat (AS) yang semata-mata berkhidmat untuk pemilik modal dan peranannya sebagai 'penculik' nyawa pesakit.

Berbanding dengan sistem perubatan insurans sosial yang merangkumi seluruh masyarakat di entiti ekonomi maju seperti di negara Eropah dan Jepun, sistem perubatan yang dilaksanakan di AS melibatkan campuran insurans perubatan komersial dengan insurans perubatan kerajaan. Pasaran merupakan faktor penentu dalam pengagihan sumber perubatan di AS sedangkan kerajaan hanya berperanan sampingan. Dengan demikian, kepentingan penduduk awam bahkan kekayaan negara selalu dijadikan korban dalam pertarungan antara golongan doktor, syarikat insurans, kilang ubat-ubatan, dan institusi pengurusan insurans perubatan yang saling bersaing dan juga bersubahat antara satu sama lain.

Kebergantungan kepada pasaran yang berlebihan dan kekurangan kawalselia kerajaan menjadikan sistem perubatan AS sebagai medan pertempuran bagi kapitalis untuk merebut keuntungan. Ini dapat dilihat dengan jelas daripada lakuan monopoli pasaran ubat-ubatan oleh beberapa taikun, yang menyebabkan AS menjadi antara negara dengan harga ubat tertinggi di dunia, dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 juta orang dewasa AS terpaksa memilih membeli ubat daripada Kanada atau Mexico.

Nyawa Pesakit AS 'Terculik' oleh Sistem Perubatan Negaranya_fororder_微信图片_20210118153747

Selepas wabak Covid-19 tercetus, pesakit tanpa komplikasi harus membayar kira-kira USD9,800 (RM39,661) untuk rawatan meskipun dinaung insurans perubatan. Sekiranya dikesan mengalami komplikasi, si pesakit itu perlu membayar kos rawatan USD20,000 lebih (RM80,000).  Oleh kerana itu, tinjauan umum menunjukkan bahawa secara puratanya terdapat 1  dari 11 orang pesakit di AS enggan menerima rawatan ekoran kos rawatan yang amat tinggi. Bagi ramai orang yang kehilangan pekerjaan ekoran penularan wabak yang turut kehilangan naungan insurans mereka, menyerah diri kepada nasib nampaknya satu-satunya pilihan apabila menghadapi seksaan penyakit.

Namun, ketika orang AS sedang bergelut dengan masalah kos perubatan yang begitu mahal itu, kumpulan kapitalis sudi membelanjakan wang secara besar-besaran untuk mengaut keuntungan sendiri, termasuk memperuntukkan dana sumbangan politik bagi melobi pihak berkuasa supaya menggubal dan meminda undang-undang perubatan dan dasar yang berkaitan yang selaras dengan kehendak mereka.

Selagi politik wang tidak berubah, kepentingan rakyat biasa bahkan seluruh negara pasti akan diunggis oleh "gegat yang terwujud dalam sistem perubatan di AS.  Bukankah ini "tragedi Amerika"arahan golongan kapitalis yang asyik mengaut keuntungan?

Nyawa Pesakit AS 'Terculik' oleh Sistem Perubatan Negaranya_fororder_微信图片_20210118153757

曹捷