OECD: Pertumbuhan Ekonomi China 2020 Langkaui Jangkaan

2021-01-19 15:25:07  CRI
Share with:

OECD: Pertumbuhan Ekonomi China 2020 Langkaui Jangkaan_fororder_微信图片_20210119151900

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) menyatakan pertumbuhan yang dicapai China pada tahun 2020 berjaya melebihi daripada yang diunjurkan mereka.

Pengarah Jabatan Dasar Ekonomi China OECD, Margit Molnar berkata, pihaknya mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi China dalam laporan yang dikeluarkan pada Disember lalu dicatatkan pada kadar 1.8 peratus.

Namun Biro Statistik Negara (NBS) China pada semalam mengumumkan keputusan yang dicapai adalah lebih tinggi daripada unjuran OECD.

Menurut statistik yang dikeluarkan NBS semalam, pengiraan peringkat awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China pada tahun 2020 menyaksikan peningkatan 2.3 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, Margit turut berkata, antara pelbagai indikator ekonomi, beliau berasa paling terkesan dengan pemulihan indeks industri perkhidmatan.

Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan NBS, indeks pengeluaran industri perkhidmatan pada suku tahun keempat dicatatkan 3.4 peratus lebih tinggi berbanding dengan suku tahun ketiga, sementara indeks pengeluaran indusrtri perkhidmatan sepanjang tahun 2020 direkodkan hampir sama dengan 2019.

Data tersebut sekali gus menunjukkan pembangunan industri perkhidmatan yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 telah pulih pada penghujung tahun lepas.

Sementara itu, Margit turut memberitahu, unjuran OECD yang dilakukan pada Disember lalu memperlihatkan sumbangan China akan meliputi satu pertiga pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun 2021.

徐国玮