Xi Tinjau Persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing

2021-01-19 12:53:48  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping meninjau persiapan Sukan Olimpik, Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing semalam.

Xi Tinjau Persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing_fororder_1126996372_16109697682371n

Presiden Xi mengadakan tinjauan dan kaji selidik di Gimnasium Ibu Negara (Capital Gymnasium) di Daerah Haidian serta Pusat Ski Alp Negara( National Alpine Skiing Center) dan Pusat Luncur Negara( National Sliding Center) di Daerah Yanqing Beijing untuk mendapat maklumat tentang keadaan pembinaan gelanggang sukan dan persiapan atlet, di samping bertemu mesra dengan para atlet dan jurulatih negara, pasukan yang bertugas untuk menjamin pengoperasian zon pertandingan Yanqing serta wakil pembina. 

Xi Tinjau Persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing_fororder_1126996372_16109697106021n

Ketika mengadakan tinjauan di Gimnasium Ibu Negara, Xi menyatakan keyakinan terhadap keupayaan negara ini untuk menjayakan temasya sukan kali ini. Dan ketika melanjutkan tinjauan di daerah Yanqing, Xi menuntut pelbagai pihak berkenaan meningkatkan prestasi China dalam pertandingan acara sukan ais dan salji, khususnya acara sukan salji berdasarkan pengalaman yang ditimba sepanjang penganjuran Sukan Olimpik musim sejuk.

曹捷